LuahanHati
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Forum luahanhati.forumotion.net ....

Join the forum, it's quick and easy

LuahanHati
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Forum luahanhati.forumotion.net ....
LuahanHati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MELAYU LAHIR ANAK LUAR NIKAH BERTAMBAH

Go down

MELAYU LAHIR ANAK LUAR NIKAH BERTAMBAH Empty MELAYU LAHIR ANAK LUAR NIKAH BERTAMBAH

Post  Dj Ibumisali Fri 16 Oct 2009, 2:20 pm

Info dari : Cyberita Online Singapura
Singapura : 12 Julai 2007
248 kelahiran tahun lalu, tertinggi sejak sedekad

Oleh
Azahar Mohd

PERATUSAN wanita Melayu yang melahirkan anak luar nikah melonjak ke paras tertinggi sejak sedekad lalu.

Bilangannya mencapai 248 kelahiran tahun lalu, berbanding 240 kelahiran pada tahun sebelumnya, dan sekitar 200 setahun sepanjang 1997-2003.

Bilangan itu membentuk separuh atau sekitar 51 peratus daripada keseluruhan kelahiran oleh wanita di luar perkahwinan pada tahun lalu.

Demikian menurut laporan terbaru Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2006 yang dikeluarkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Laporan itu bertujuan memberi gambaran perubahan penduduk, kelahiran dan kematian serta perangkaan lain setiap tahun.

Menurut laporan itu 495 kelahiran didaftarkan tanpa berbinkan bapa tahun lalu, dengan 35.8 peratus kelahiran melibatkan remaja. Wanita Melayu membentuk peratusan terbesar dalam kategori itu.

'Dalam tempoh sedekad, ia naik daripada 30.1 peratus pada 1997 kepada 50.1 peratus tahun lalu. Dalam tempoh yang sama, peratusan bagi wanita Cina terus berkurang,' kata laporan itu.

Sementara itu, lebih ramai bayi dilahirkan tahun lalu dengan kenaikan 2.2 peratus kepada 38,317 bayi, berbanding 37,492 tahun sebelumnya.

Bayi Cina merangkumi 64.3 peratus, Melayu 17.0 peratus, India 10.0 peratus dan lain 8.7 peratus.

Ketika dihubungi, Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Cik Eunice Olsen, yang membantu menguruskan program remaja hamil di luar nikah, berkata beliau mahu melihat konsep kasih sayang, perkahwinan dan pendidikan diterap kepada para pelajar dalam pendidikan seks.

'Dengan ramai remaja terdedah kepada bahan lucah di Internet, cakera padat video (VCD) dan telefon bimbit, kita perlu memastikan mereka memahami bahawa seks merangkumi unsur tanggungjawab, kasih sayang dan pernikahan. Bukan nafsu semata-mata,' ujarnya yang merupakan jurucakap Babes.

Program Babes dikelolakan tujuh badan kebajikan - Perkhidmatan Sosial Beyond, Rumah Tumpangan Andrew dan Grace, Rose Villa, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Pusat Khidmat Keluarga Tanjong Pagar, Family Life Society dan aLife - membantu remaja hamil luar nikah.

Presiden Clubilya yang juga kaunselor bebas, Cik Muzaiyanah Hamzah, berkata usaha menangani masalah seks luar nikah tidak harus tertumpu hanya kepada remaja bermasalah. 'Ini kerana seks juga dilakukan pelajar ITE, politeknik dan universiti. Mereka mungkin fikir O.K melakukan seks tetapi kurang memahami tentang sebab dan kesannya,' ujarnya.

Apa yang boleh kita lakukan bagi membantu permasalahan ini? mari kita fikirkan sama-sama.
Dj Ibumisali
Dj Ibumisali
Webmaster
Webmaster

Posts : 5
Reputation : 0
Join date : 26/07/2009
Age : 59

https://luahanhati.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum