LuahanHati
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Forum luahanhati.forumotion.net ....

Join the forum, it's quick and easy

LuahanHati
Terima Kasih Kerana Sama-sama Menceriakan Forum luahanhati.forumotion.net ....
LuahanHati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bantuan Masalah Rumahtangga

Go down

Bantuan Masalah Rumahtangga Empty Bantuan Masalah Rumahtangga

Post  Dj Ibumisali Fri 16 Oct 2009, 1:55 pm

1. Saya menghadapi masalah rumahtangga. Di manakah saya boleh mendapat bantuan?


Pasangan suami isteri yang menghadapi masalah rumahtangga boleh cuba mendapatkan bantuan daripada Pusat Khidmat Keluarga di serata Singapura. Jika anda tidak pasti dari pusat yang mana, anda boleh menghubungi "ComCare Call" di talian 1800 222 0000.

Sebaliknya, mereka juga boleh memuat-turun borang pendaftaran dan poskan ke Mahkamah Syariah beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dalam borang tersebut.

2. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendaftar?


Serahkan borang pendaftaran ini bersama salinan dokumen-dokumen berikut:
1. Siji Pernikahan
2. Kad pengenalan atau pasport
3. Sijil Kelahiran anak (jika ada)
4. Perintah perlindungan / Perintah Nafkah / Surat memeluk agama Islam (jika ada).


3. Bagaimana jika saya tidak mempunyai sijil pernikahan bersama saya (hilang)?


Anda perlu memohon untuk mendapatkan salinan sijil tersebut di Pejabat Pernikahan Orang-orang Islam Singapura (ROMM), sebelum mendaftarkan pengaduan anda di Mahkamah Syariah.

4. Jika saya tidak mahu melalui proses sesi kaunseling, apakah saya tetap perlu mendaftarkan diri di Unit Kaunseling?


Ya. Walaupun anda tidak ingin menghadiri kaunseling, anda tetap dikehendaki melalui proses ini, kerana anda dikehendaki mendaftarkan pengaduan anda di Unit Kaunseling menggunakan borang yang disediakan di lelaman ini.

5. Apakah saya perlu membuat sebarang pembayaran semasa membuat pendaftaran pengaduan saya atau mendapatkan khidmat kaunseling di Mahkamah Syariah?


Tiada pembayaran yang dikenakan.

6. Saya telah melafazkan talak kepada isteri saya, tetapi kami berdua bersetuju untuk rujuk. Bagaimana?


Anda tetap dikehendaki mendaftarkan diri di Unit Kaunseling, Mahkamah Syariah menggunakan borang pendaftaran. Kaunselor mahkamah akan menemuduga anda dan pasangan anda tentang lafaz cerai anda. Lafaz cerai yang diragui akan hanya disahkan oleh pihak Presiden Mahkamah Syariah.
Sila bawa dokumen-dokumen berikut (asli dan salinan) untuk mendaftar:

1. Kad Pengenalan
2. Sijil Nikah atau Rujuk
3. Sijil Kelahiran anak-anak (jika ada).
Sila juga sediakan bayaran memfail saman dan pendaftaran perceraian sebanyak $228.00 (Nets atau Kadtunai).

KLICK INFO
Dj Ibumisali
Dj Ibumisali
Webmaster
Webmaster

Posts : 5
Reputation : 0
Join date : 26/07/2009
Age : 59

https://luahanhati.catsboard.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum